Justeru,
adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah
keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat
diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M
sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk
menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven,
tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu
tuntutan utama dalam Islam hari ini.
Bagi
melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok
politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras
dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :
Mafhum
: Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang
memiliki kelebihan”
|
|
Demikian
begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana
mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada system Islam sekiranya mereka
tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam
dan politik Islam.
|
|
TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK
Siasah
menurut bahasa :
“Sasa-
yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai
( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
|
Manakala
menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :
1.
Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat
Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
Mafhum
: “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia
dengan berpaksikan agama”
|
|
2.
Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan
sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan
yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. [3]
Sebagai
contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu
Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khalifah Umar Al-Khattab ra pula
pernah mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan
Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan
zaman.
Menurut
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat
Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian
semata-mata” [4]
|
|
Perkataan
asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :
|
|
Mafhum
: “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi
maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun
lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dan diikuti oleh para pemimpin…” [5]
|
DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM
Sejak
berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai
menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada
politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.
Justeru
percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan
oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan
umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki
oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang
penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam
memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan
wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat
Islam dan Kewangan Islam.
Bagi
mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan
utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan.
|
Dalil Pertama : Dari Al-Quran
Firman Allah
SWT :
Mafhum
: Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka
bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan,
melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl
usaha” (Al-Haj : 41)
|
Ayat di
atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia
secara langsung menyentuh isu politik.
Mafhum :
Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya
mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat
dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)
Mafhum
ayat dari Surah An-Nahl ayat 89 di atas pula menerangkan bahawa semua urusan
kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia
adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga
terkandung di dalamnya.
Dalil Kedua : Dari Al-Hadith
1 Sabda Nabi SAW:
Mafhum: “Apabila keluar tiga orang semasa
bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorang darinya sebagai ketua”
( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih) [6]
Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan melarangnya dari kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)
Mafhum :
“Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji
taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah”
(Riwayat Muslim) [7]
5.
Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, merupakan intipati sebuah
perlembagaan negara. Antara lain isinya menyebut isu-isu politik kenegaraan,
pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi. [8]
|
|
6.
Berikut beberapa contoh tindakan siyasah syar’iyyah yang dilakukan di zaman
Baginda SAW :-
· Nabi
SAW bersungguh-sungguh mengecam untuk membakar rumah mereka yang tidak
bersolat jemaah. [9]
·
Menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukuman sebat
sebagai pengajaran. [10]
·
Merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat. [11]
·
Memecahkan bekas-bekas arak dan juga periuk-periuk yang dimasak di dalamnya
daging yang haram..kemudian dinasakh hukum memecahkannya kepada basuh.[12]
·
Memerintahkan wanita yang mencaci dan melaknat untanya, agar
melepaskannya.[13]
·
Memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak bagi kali ke 4, hukum ini
dinasakhkan selepas itu. [14]
·
Memerintah agar ditangkap Yahudi yang menghentak kepala seorang hamba
wanitanya dengan batu, Nabi menerima dakwaan wanita tadi lalu menghukum
memukul kepala si Yahudi. [15]
Semua
sunnah qawliyah dan fe’liyah baginda SAW di atas, menjurus kepada hal ehwal
pentadbiran dan politik Islam.
|
|
Dalil Ketiga : Dari Athar Sahabat & para ulama mujtahidin
1. Berkata Saidina Umar al-Khattab :
Mafhum : Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada
Jemaah kecuali dengan Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan.[16]
(Lihat)
2. Imam As-Syafie berkata :
Ertinya
: “Tidak diiktiraf siyasah kecuali pentadbiran yang menepati syara’” [17]
|
|
3.
Berikut adalah contoh amalan siyasah syar’iyyah oleh para sahabat [18] : -
·
Saidina Abu Bakar membakar para peliwat.
·
Saidina Umar membakar kedai-kedai arak dan membakar kampung yang menjual arak
di dalamnya.
·
Saidina Umar mencukur rambut Nasar bin Hajjaj serta dibuang daerah kerana
ketampanannya terlalu memikat wanita hingga ramai yang berhajat melakukan
maksiat dengannya.
·
Saidina Umar memukul Sobi’ bin ‘Asal kerana bertanya soalan yang tidak
sepatutnya.
·
Mengarahkan sahabat tidak memperbanyakkan meriwayat Hadith ketika mereka sibuk
dengan Al-Quran.
·
Saidina Uthman mengumpulkan Al-quran dengan satu qira’at.
Berdasarkan
beberapa ayat, hadith serta athar tadi, jelas bahawa aspek siyasah (politik
pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga
merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi Ketua Negara di
Madinah. Penulis merasakan adalah tidak perlu untuk memanjangkan bahagian ini
kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.
|
|
ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN
|
|
Perkembangan
ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam
sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat
kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar
al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam
perkara-perkara umat Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd
Rawwas Qal’ah Ji), manakala antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh
al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj,
Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224
H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk
‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali
Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450
H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la
al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian
al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin
al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa , seterusnya Imam Ibnu
Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’
wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-hukmiah dan
Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk
al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini.
Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian
para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.
|
|
Rujukan :
[1].
Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini Shohih
menurut syarat al-Bukhari & Muslim, ia juga dipersetujui oleh Imam
Az-Zahabi.
[2]
Riwayat Abu Daud , no 4291 ; Hadith Shohih menurut Syeikh Albani.
[3]
As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31
[4]
Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm
104
[5].
Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871.
Hadith Shahih
[6]
Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608
[7].
Shohih Muslim dengan Syarh Imam Nawawi, 12/240
[8].
As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shohihah, Prof Dr Akram al-Umari, 1/282 ; Lihat
juga analisa keshohihan piagam ini dari sudut sanad dalam kitab yang sama.
Kesimpulan:- Sirah Ibn Ishak : tiada sanad ; Sanad oleh al-Bayhaqi : Terdapat
perawi maqbul sahaja; Sanad oleh Ibn Abi Khaithamah , terdapat perawi mawdu’
; Sanad oleh Abu Ubayd ; Terputus ; Maka secara keseluruhan piagam Madinah
tidak mencecah darjat shohih, kecuali terdapat beberapa fasal yang
diriwayatkan dalam sunan sittah termasuk Bukhari dan Muslim mencecah darjat
Hasan.
[9].
Riwayat Muslim (no 652)
[10].
Riwayat Abu Daud (no 4390) dan At-Tirmidzi ( no 1289)
[11].
Riwayat Abu Daud (no 1575 )
[12].
Riwayat Bukhari (no 5496 ) , Muslim (no 1930 ) , At-Tirmidzi ( no 1293)
[13].
Riwayat Muslim (no 2595)
[14].
Riwayat Abu Daud (no 4482 ) , At-Tirmidzi (no 1444)
[15].
Riwayat Bukhari (no 2413) , Muslim (no 1672)[16]. Mawsu’ah an-Nuzum wa
al-Hadharah al-Islamiyyah, Ahmad Syalabi, 2/29
[17].
At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim , hlm 41 ; tafsiran erti kalam As-Syafie
tadi, adalah menurut tafsiran Ibn qoyyim.
[18].
At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim, hlm 45-47
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment