Elegant Rose

Monday 24 February 2014

Resepi Sambal Tempe Kering Terbaik dari Ladang

Sambal Tempe Kering



Bahan- bahannya :

10 paket Tempe (im using tempe Jawa from Meru yang dipaket dalam surat Khabar)(hiris nipis-nipis & jangan tebal)(JANGAN BASUH)
10 biji Cili Kering (digunting & direndam dalam air,buang biji ketika ditapis)
sedikit Belacan ( sebesar ibu jari)
2 ulas Bawang Merah (1 biji di blend & 1 biji lagi dimayang/potong halus)
3 ulas Bawah Putih 
2 biji Cili Merah (dihiris nipis)
2 biji Kentang (dihiris nipis & memanjang)
2 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Gula Pasir
1 sudu teh Garam

Cara Membuatnya :

1. Blend 1 biji Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Kering dan juga Belacan bersama sedikit air sehingga hancur(air x perlu banyak,memadai mudah untuk di blender)(then,letak tepi dahulu)
2. Panaskan minyak & goreng tempe yang dihiris tadi sehingga warna kekuningan & rangup.Letak di tepi dahulu.
3. Kemudian goreng pula kentang sehingga garing.Letak di tepi dahulu.
4. Dengan minyak yang sama & api sederhana, tumis bahan-bahan yang di blend tadi.Tumis sehingga naik bau. (Kurangkan minyak jika minyak menggoreng tempe & kentang tadi digunakan banyak, memadai 1 senduk minyak sahaja digunakan)
5. Kemudian masukkan Tempe & Kentang yang digoreng tadi ke dalam tumisan. Kacau.
6. Masukkan Kicap Manis, Sos Tomato, Gula Pasir & Garam. Kacau.
7. Masukkan pula Bawang Merah & Cili Merah yang telah yang telah dihiris tadi ke dalam masakan. Kacau. Tambah lagi Kicap Manis sekiranya masakan terlalu kering.Terpulang pada selera anda.
8.Siap!bolehlah dihidang bersama-sama nasi atau dimakan bersama-sama dengan roti sandwich. =)

Tips!

- Sambal Tempe ini boleh juga ditambah dengan Kacang Tanah Goreng, Ikan Bilis Goreng atau Tauhu Goreng. Terpulang dengan selera anda.
- Tempe yang sedap adalah tempe yang baru. Sebaik-baiknya check terlebih dahulu isi kandungan adakah masih elok bau & conditionnya. Kalau kita pegang packet tempe dalam surat khabar tu masih suam-suam panas, itu maknanya tempe baru.

Kelebihan?
- Sambal ini tahan 4/5 hari SEKIRANYA sentiasa diperhangatkan,disimpan di peti ais(bahagian ais tu ok) dan diambil dengan sudu. Jangan ambil dengan tangan camtu je.Memang cepat basilah jawabnya ye.


OK!Selamat Mencuba & Happy Cooking! ^____^




Resepi Kuah Dhal versi Mamak (My OWN RECIPE)

Resepi Kuah Dhal versi Mamak 
(My OWN RECIPE)

Bahan- bahannya :

750gm Kacang Dhal (direndam 1/2 hari)
1 btg Carrot (dipotong kasar)
3 biji Kentang/Terung Bulat (dipotong kasar)
5 biji Cili Kering (digunting kasar)
2 biji Bawang Besar(dipotong halus)
3 biji Bawang Putih(dipotong halus)
1 cm Halia(dipotong kasar)
1 tangkai Daun Kari
1 biji Bunga Lawang
1 biji Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
1 sudu teh Biji Sawi
1 sudu teh Serbuk Kunyit
1 paket kecil serbuk Kari Ayam/Daging (dibancuh dengan air) (saya guna serbuk Kari Babas..terbaikk punya serbuk kari..hehe) 
1 sudu besar Asam Jawa (dibancuh dengan air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Rebus terlebih dahulu Kacang Dhal di dalam air panas(pastikan Kacang Dhal di rebus di bawah air(x timbul atas air),dengan api sederhana & jangan biar air rebusan kering.Sesekali kacau agar Kacang Dhal x melekat di dalam periuk. Tambah lagi air sekiranya air mulai kering).
2. Masukkan serbuk Kunyit ke dalam air rebusan Kacang Dhal.
3. Apabila Kacang Dhal hampir-hampir hendak empuk, masukkan Carrot & Kentang ke dalam rebusan tadi.
4. Kemudian, masukkan Cili Kering.( kalau nak kurang pedas,x perlu buang biji).
5. Di dapur yang lain, tumis Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis,Biji Pelaga & Biji Sawi dalam kuantiti minyak yang sedikit sehingga naik bau.
6. Masukkan serbuk Kari Ayam/Daging kedalam tumisan. Tumis sehingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan pula Bawang Merah, Bawang Putih, Daun Kari & Halia. Tumis sehingga warna bertukar keperang2an & naik bau.
8. Masukkan bahan- bahan tumisan tadi kedalam bahan- bahan yang yang direbus tadi. Sesekali kacau.Pastikan sekali lagi air rebusan tidak kering. Tambah air juga sekiranya ingin kuah yang lebih.
9. Masukkan Air Asam Jawa yang sudah dibancuh tadi.
10. Masukkan Garam & Gula secukup rasa.
11. Dah Siap!! ( bolehlah dihidangkan bersama- sama Roti Canai, Roti Bom, Cappati & so on)


Alert!
- Anda akan dapati Kuah Kacang Dhal anda sedikit pekat & Kacang Dhal sedikit hancur. Ini kerana Kacang Dhal sudah direbus terlebih dahulu sebelum Carrot & Kentang. Biarkan. Kerana Kuah Kacang Dhal yang terbaik adalah sedikit pekat. Baru match dengan Roti Canai kita kan? hehe..


Tips!
- Kalau kurang manis, tambah GULA.
- Kalau kurang masin, tambah GARAM.
- Kalau kurang masam, tambah Asam Jawa.
- Sekiranya ingin menggantikan Kentang dengan Terung Bulat, masukkan Terung Bulat tersebut diakhir sekali sebelum Kuah Dhal masak. Ini kerana Terung Bulat cepat lembut sekiranya dimasak awal- awal (selepas STEP 6)
- Kalau nak kuah yang lebih sedap,gunakan air rebusan daging untuk merebus Kacang Dhal. Ini akan menjadikan Kuah Dhal kita berperisa daging & manis.
- Kalau nak buat makan dengan Nasi Beriyani pun boleh. Cuma lebihkan air untuk kuah lagi dan pastikan kuah tidak terlalu pekat. Tambah sayur Kacang Panjang & gantikan air Asam Jawa dengan Tomato.


Kebaikannya?
- Untuk pengetahuan, Kuah Dhal ini tidak mengandungi sebarang jenis santan!so..kuah ini boleh tahan lama selama 4/5 hari! (sekiranya sentiasa dipanas dan diletakkan di dalam peti sejuk. Saya buat ni x sampai 1 hari pun dah surut setengah periuk..hehe)

P/S - Pic xde sebab selalunya teruja sangat di dapur sampai lupa nak snap pic. Adik- adik dah makan dulu..then baru teringat....err...OK..haha =D next recipe InsyaAllah =)


OK, Selamat Mencuba & Happy Cooking ^___^ !!


Rentetan Perjalanan Terakhir Mujahidah, Siti Hajar Ahmad Sabir.

 Rentetan perjalanan terakhir seorang mujahidah, Siti Hajar Ahmad Sabir, Tahun 1 BITM, FTMK, UTeM. Beliau merupakan salah seorang ahli BADAR UTeM, junior saya dibawah fakulti & kelab (BADAR UTeM)  yang sama. Walaupun tidak pernah ditakdirkan bertemu ketika hayatnya (memandangkan saya ketika itu di Klang kerana masih menjalani praktikal di tahun akhir), moga kisah beliau dapat dijadikan iktibar buat kita semua yang dilahirkan sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.





6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya



Tanya pada diri sendiri, sejauh mana sumbangan kita pada agama ISLAM?apakah segala amal ketika hayat ini sudah mencukupi untuk kita berdepan dengan Allah kelak?kapan masanya waktu itu akan tiba?apakah lusa?apakah esok? TEPUK DADA TANYA IMAN. Adik Siti Hajar Ahmad Sabir masih sempat berda'wah saat nyawanya sudah di hujung tanduk, apalagi ketika hayatnya. Bagaimana pula dengan kita yang masih diberi ruang & waktu oleh Allah untuk menghirup udaranya? SEDARLAH..BANGKITLAH...gunakan ruang & waktu yang Allah beri ini dengan sebaiknya. InsyaAllah. 







Friday 21 February 2014

Happy Birthday My Dear Self!




 Allah selamatkan kamu . . .
Allah selamatkan kamu . . .
Allah selamatkan Nur Aqilah Ahmad Khairi . . .
Allah selamatkan kamu!

Sanah helwah to my self
Moga diriku menjadi lebih matang memandangkan usia dah pun menjejak 24 thn..24??
yes..i am! =)
Moga dapat mencapai apa yg diimpikan..yg dihajatkan selama ini..
Hanya Engkau sahaja Ya Allah Yang Maha Mendengar..Maha Mengetahui..
tentang hati ini..tentang diri ini.. =')
&...Moga success2 selalu cik QiQi!
Aamiin... ^__^


p/s - pagi ni dapat 'kek' & 'cupcake' versi virtual from en Google
hehehe..its ok..pun boleyy.. =D
thanx en Google..!! =')



Monday 17 February 2014

Ketika Kita MARAH (Part 3)



2. Wanita Bercakap, Lelaki Berdiam Diri

Salah satu perbezaan yang paling besar antara lelaki dan wanita adalah bagaimana mereka mengatasi stres dan masalah luaran(bukan masalah rumahtangga suami-isteri).

Sebahagian lelaki cenderung untuk menjadi lebih fokus kepada perkara tersebut, dan fokus dikurangkan kepada perkara lain di sekitarnya, mungkin kelihatan seolah-olah tidak peduli akan perkara lain yang penting, seperti isteri dan anak-anak.

Manakala majoriti (bukan semua) wanita pula cenderung untuk menjadi emosional, dan ingin berinteraksi. Dalam situasi stres, apa yang lelaki perlukan untuk menghadapinya berbeza dengan apa yang wanita perlukan untuk menghadapinya. Tidak memahami dan tidak mengiktiraf perbezaan ini sering membawa kepada timbulnya perselisihan antara suami isteri. 

Wanita Mengatasi Stres Melalui Bercakap

Komunikasi dan perkongsian adalah suatu yang penting buat wanita. Melalui perkongsian, keperluan emosi mereka dipenuhi.

Apabila mereka stress, secara nalurinya mereka rasa akan keperluan untuk berkongsi perasaan dan bercerita tentang segala masalah yang berkaitan dengan perasaanya ketika itu. Semasa mereka berkongsi, kadangkala mereka tidak membahagikan mengikut keutamaan, mana perkara yang besar, mana perkara yang kecil. Mereka bukanlah inginkan cadangan solusi – melainkan mereka benar-benar memintanya, tetapi apa yang diinginkan adalah tenang yang didapati melalui luahan dan difahami oleh pasangan.

Sekiranya mereka rasa didengari, maka mereka beransur-ansur berasa lebih lega, tenang, dan kurang stres. Sekiranya mereka rasa tidak didengari, keadaan tidak bertambah baik, malah mungkin bertambah buruk.

Bagaimana Reaksi Lelaki

Suami mudah menganggap bahawa apabila isteri berbicara dengannya tentang masalah, isteri ingin menyalahkannya. Semakin banyak yang tidak kena yang diluahkan, semakin dia rasa disalahkan. Ini adalah salah tanggapan, pada kebanyakan waktu.

Suami perlu memahami bahawa wanita meluahkan perasaan untuk berasa lebih tenang.  Dia perlu tahu, bahawa isteri akan menghargai sekiranya dia menjadi pendengar yang baik, dan isteri tidak bermaksud untuk meletakkan dia bertanggungjawab atas segala masalah.

Jangan berasa kecewa apabila isteri bercakap tentang sesuatu yang suami tidak boleh membantu, tentang sesuatu di luar bidang kuasa suami. Beri sokongan kepada isteri. Bagaimana?  Dengan menjadi pendengar yang baik, cuba memahami apa yang dirasai isteri.

Tanpa Nada Menyalahkan

Dengan kesedaran bahawa sebahagian lelaki mudah rasa dipersalahkan apabila mendengar luahan masalah, isteri boleh cuba melatih diri untuk meluahkan perasaan yang tidak menyenangkan tanpa nada menyalahkan.

Lelaki dan Fokus

Apabila suami sedang berfikir tentang sesuatu masalah untuk diatasi atau berasa marah/sedih, isteri mudah menganggap bahawa suami sudah tidak pedulikannya lagi. Ini adalah salah tanggapan, pada kebanyakan waktu.

Apabila isteri merasakan bahawa suami bukan dalam mode cheerful, jangan menganggap diri diabaikan, tetapi perlu faham akan fisiologi perasaan dan tindakan lelaki pada umumnya.

Bagi lelaki pula, perlu sedar bahawa tindakan memberi terlebih fokus kepada perkara lain (samaada kerja, belajar, masalah lain) akan menyebabkan isteri terasa hati. Maka perlu bijak dalam menguruskan masa, dan fokus, agar kasih sayang suami-isteri tidak terjejas.

Antara cabaran yang besar bagi wanita adalah bagaimana untuk menafsir secara betul apabila lelaki berdiam diri, dan bagaimana untuk menyokongnya. Bagaimana untuk isteri menyokong suami, sekiranya diam lelaki itu kerana ada masalah yang sedang difikirkan?

Beri Mereka Ruang

Dalam pergaulan atau komunikasi wanita-wanita, salah satu cara menunjukkan bahawa seseorang itu mengambil berat adalah dengan bertanyakan pelbagai soalan tentang keadaan yang dihadapi. Adakah ini tindakan yang betul dalam komunikasi suami-isteri?

Sebahagian besar lelaki dilatih untuk hidup berdikari sejak kecil atau remaja. “You can do it. You must do it.” Maka apabila menghadapi sesuatu masalah atau cabaran, mereka akan cuba sehabis baik untuk mengatasinya, dengan upaya sendiri. Ini penting dalam membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan. Inilah tanda kekuatan. Meminta atau menerima pertolongan orang lain, sedangkan diri sendiri mampu lakukan, adalah tanda kelemahan. Tetapi meminta bantuan, tatkala benar-benar diperlukan, adalah tanda kebijaksanaan.

Maka, apabila isteri mengambil berat tentang suami, dengan cara yang isteri anggap membantu – berdasarkan pengetahuannya dan pengalamannya dalam interaksi wanita-wanita, suami kadangkala tidak boleh dan tidak mampu terima cara tersebut. Sikap ini yang wujud dalam sebahagian lelaki, perlu diketahui dan diiktiraf oleh wanita.

Apa yang isteri boleh buat, yang benar-benar membantu dan akan menghasilkan natijah yang baik?

1. Iktiraf dan memahami bahawa pasangan memerlukan masa sendirian.
2. Jangan bimbang tentang dia.
3. Buat aktiviti lain yang menggembirakan hati anda. Jangan jadikan suami sebagai satu-satunya       punca kegembiraan anda.

Kembali ke Ketika Kita MARAH (Part 1)


Sumber : http://www.putera-islam.com
Oleh     : Ahmad Faiz M.Sabri