Elegant Rose

Monday 17 February 2014

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM



1.        Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984  menyatakan “ mas kahwin “  bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai  pemberian  (  yang  wajib  ).  Kemudian  jika  mereka  menyerahkan  kepada  kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami  hidup bersama isteri serta  sanggup berkorban demi  kesejahteraan rumah  tangga  dan  keluarga. Ia  juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku padazaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2.        Pemberian Mahar

Memberi  mahar  kepada  isteri  hukumnya  wajib.  Menurut  Abu  Hanifah,  isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula  diwajibkan mahar  bukan  disebabkan akad  nikah  yang  sah  sahaja  tetapi  juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3.        Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam

Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 )   dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :

(1)    Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2)    Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-

a)  nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b)  nilai dan butir-butir lain pemberian;
c)  nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau  kedua-duanya yang  telah  dijanjikan tetapi  tidak  dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

4.        Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

" ﺔﻧﺆﻣ ﻦهﺮﺴﻳأ ﺔآﺮﺑ ءﺎﺴﻨﻟا ﻢﻈﻋا  "

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).

( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu  telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

5.        Jenis Mahar

a.  Mahar Musamma

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-

1)        Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.

2)        Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b.  Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar  yang  tidak  disebut  jumlah  dan  jenisnya  dalam  suatu  akad  nikah. Sekiranya  berlaku  keadaan  ini,  mahar  tersebut  hendaklah  diqiaskan  (  disamakan  ) dengan  mahar  perempuan yang  setaraf  dengannya  di  kalangan  keluarganya sendiri seperti  adik  beradik  perempuan  seibu  sebapa  atau  sebapa  atau  ibu  saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan  penilaian.  Ini  kerana  kadar  mahar  berbeza  dengan  berbezanya sifat-sifat di atas.

6.        Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.Walau bagaimanapun terdapat  keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a)        Isteri   hanya   mendapat   separuh   sahaja   daripada   mahar   apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini  berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :

“  Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya ) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “

Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh  sahaja  daripada  mahar  tersebut.  Tetapi  sekiranya  mahar  tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.

Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b)        Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat  pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

7.        Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami  atas  kesejahteraan rumah  tangga.  Ianya  bertujuan  untuk  menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun

Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai  dari  meninggikan kadar  mahar  iaitu  tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia,   atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utamaialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu  sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam  Baitulmal “. 

Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :

 “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walupun sedikit daripada mahar itu “
( surah al Nisa : 20 )


Sumber: www.halaqah.net




No comments:

Post a Comment