Resepi Kuah Dhal versi Mamak
(My OWN RECIPE)
Bahan- bahannya :
750gm Kacang Dhal (direndam 1/2 hari)
1 btg Carrot (dipotong kasar)
3 biji Kentang/Terung Bulat (dipotong kasar)
5 biji Cili Kering (digunting kasar)
2 biji Bawang Besar(dipotong halus)
3 biji Bawang Putih(dipotong halus)
1 cm Halia(dipotong kasar)
1 tangkai Daun Kari
1 biji Bunga Lawang
1 biji Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
1 sudu teh Biji Sawi
1 sudu teh Serbuk Kunyit
1 paket kecil serbuk Kari Ayam/Daging (dibancuh dengan air) (saya guna serbuk Kari Babas..terbaikk punya serbuk kari..hehe)
1 sudu besar Asam Jawa (dibancuh dengan air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Rebus terlebih dahulu Kacang Dhal di dalam air panas(pastikan Kacang Dhal di rebus di bawah air(x timbul atas air),dengan api sederhana & jangan biar air rebusan kering.Sesekali kacau agar Kacang Dhal x melekat di dalam periuk. Tambah lagi air sekiranya air mulai kering).
2. Masukkan serbuk Kunyit ke dalam air rebusan Kacang Dhal.
3. Apabila Kacang Dhal hampir-hampir hendak empuk, masukkan Carrot & Kentang ke dalam rebusan tadi.
4. Kemudian, masukkan Cili Kering.( kalau nak kurang pedas,x perlu buang biji).
5. Di dapur yang lain, tumis Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis,Biji Pelaga & Biji Sawi dalam kuantiti minyak yang sedikit sehingga naik bau.
6. Masukkan serbuk Kari Ayam/Daging kedalam tumisan. Tumis sehingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan pula Bawang Merah, Bawang Putih, Daun Kari & Halia. Tumis sehingga warna bertukar keperang2an & naik bau.
8. Masukkan bahan- bahan tumisan tadi kedalam bahan- bahan yang yang direbus tadi. Sesekali kacau.Pastikan sekali lagi air rebusan tidak kering. Tambah air juga sekiranya ingin kuah yang lebih.
9. Masukkan Air Asam Jawa yang sudah dibancuh tadi.
10. Masukkan Garam & Gula secukup rasa.
11. Dah Siap!! ( bolehlah dihidangkan bersama- sama Roti Canai, Roti Bom, Cappati & so on)
Alert!
- Anda akan dapati Kuah Kacang Dhal anda sedikit pekat & Kacang Dhal sedikit hancur. Ini kerana Kacang Dhal sudah direbus terlebih dahulu sebelum Carrot & Kentang. Biarkan. Kerana Kuah Kacang Dhal yang terbaik adalah sedikit pekat. Baru match dengan Roti Canai kita kan? hehe..
Tips!
- Kalau kurang manis, tambah GULA.
- Kalau kurang masin, tambah GARAM.
- Kalau kurang masam, tambah Asam Jawa.
- Sekiranya ingin menggantikan Kentang dengan Terung Bulat, masukkan Terung Bulat tersebut diakhir sekali sebelum Kuah Dhal masak. Ini kerana Terung Bulat cepat lembut sekiranya dimasak awal- awal (selepas STEP 6)
- Kalau nak kuah yang lebih sedap,gunakan air rebusan daging untuk merebus Kacang Dhal. Ini akan menjadikan Kuah Dhal kita berperisa daging & manis.
- Kalau nak buat makan dengan Nasi Beriyani pun boleh. Cuma lebihkan air untuk kuah lagi dan pastikan kuah tidak terlalu pekat. Tambah sayur Kacang Panjang & gantikan air Asam Jawa dengan Tomato.
Kebaikannya?
- Untuk pengetahuan, Kuah Dhal ini tidak mengandungi sebarang jenis santan!so..kuah ini boleh tahan lama selama 4/5 hari! (sekiranya sentiasa dipanas dan diletakkan di dalam peti sejuk. Saya buat ni x sampai 1 hari pun dah surut setengah periuk..hehe)
P/S - Pic xde sebab selalunya teruja sangat di dapur sampai lupa nak snap pic. Adik- adik dah makan dulu..then baru teringat....err...OK..haha =D next recipe InsyaAllah =)
Share.Tk
ReplyDelete