Elegant Rose

Thursday, 3 April 2014

Kuih Koleh Kacang Yang Sedap!

Assalamualaikum again My dearest Frenzzzz..... ^___^Y


OK...today..saya nak share 1 resepi kuih yg seriously sedap sangat2!lemak2 & lembut gitu...namanya Kuih Koleh Kacang with Tahi Minyak...hehe...ni rupanya....

kebetulan pagi ni try beli kuih ni kat kantin office..actually at 1st agak was2 juga nak beli sebenarnya kuih ni..sebab X semua orang boleh buat menjadi tau....boleh jadi terlalu keras or terlalu lembik...& harga kuih2 kat sini RM 0.50 each..perghhhhhh...kuih sama besar je kot dengan kuih2 kat luar sana...tapi sebab dah xde option lain (sb gerai yg selalu saya pergi tu tutup pulak -.- ) so..kenalah beli juga... (macam terpaksa je kan? =P )....dapatlah buat lapik perut untuk pagi ni....alhamdulillah... =) even harganya RM 0.50 each, 4 biji kuih jugak saya sapu...hahaha :D semua jenis kuih serba 1 saya ambil..instead of kuih koleh kacang, saya try juga beli kuih keria, cekodok & karipap (even kuih karipap ni dah selalu rasa from many people yg membuatnya sb ni kuih fev since zaman budak hingusan & ni antara kuih yang paling popular yang sentiasa dijual di setiap gerai2 kuih di Malaysia dari karipap kentang,sardin,telur n so on but x semua orang boleh buat yang paling sedap punya ok?serious ni??)





krekk...krekk..krekk...krekk.....



But seriously x semua orang boleh buat dengan sedapnya..dont know why... ='(


errkk...ok...ni entry pasal kuih koleh kacang kan..?guano lari sampai ke karipap tu....hahaha =D sorry2 naik lori OK?hehe...jangan marah ok...kalau marah kena jual...haha.. =P kita sambung lagi OK.... ^___^


OK...here we are...saya nak share resepi Kuih Koleh Kacang Yang Lembut & Sedap Berlemak &  Berkrim....hahaha...xde krim pun..cuma nak kata memang sedaplah! ^__^


RESEPI KUIH KOLEH KACANG

Bahan-bahannya :


1 1/2 cawan santan pekat (santan kotak pun ok)(to make Tahi            Minyak)
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan (to make kuih)
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)(warna tepung kekuningan not putih)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1.Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.
  
2.Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga     gula larut, sejukkan dan ketepikan seketika.

3.Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah   dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

4.Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yang berisi lebihan         minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

5.Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh         dipotong.





























btw, atas kuih tu nampak X macam berbiji2 tu..? haaa..tulah namanya Tahi Minyak!macam saya lebih suka letak tahi minyak ni banyak2..baru nampak meriah & makin berlemak je kuih ni...pastu berat badan punmakin bertambah kan...hahaha =D kalau anda nak kurangkan pun boleh..juz kurangkan sahaja sukatan santan untuk Tahi Minyak tu...1 cawan santan sudah memadai =)


OK!Selamat Mencuba & Happy Cooking! ^____^